Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Insiden Aduan Kes Buli Anggota TUDM Yang Tular Di Media Sosial

syafiq halim

Berikutan penularan aduan dakwaan insiden kes buli melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial, Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil maklum berkenaan perkara tersebut.

Kementerian Pertahanan memandang serius terhadap insiden tersebut serta siasatan terperinci dan telus telah dilaksanakan dengan serta-merta. Bagi kes berkenaan, TUDM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan aduan tersebut, kini di dalam siasatan pihak PDRM.

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa TIDAK ADA KOMPROMI terhadap sebarang salah laku yang melibatkan pelanggaran disiplin, tatatertib, jenayah dan isu berkaitan perundangan seperti buli dan lain-lain yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tindakan yang tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dan didapati bersalah.

Sehubungan dengan itu, semua pihak dimohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu kes yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.