Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Insiden Juru: Tiga Lelaki Warga Asing Direman Tujuh Hari

Iqbal Yasir
insiden juru
Gambar: Bernama

Insiden Juru: Tiga Lelaki Warga Asing Direman Tujuh Hari

BUKIT MERTAJAM, 25 Okt (Bernama) — Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini hingga 31 Okt mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan mati dalam rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, dengan mayat wanita itu di dapur dan kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Polis turut menahan suami mangsa berusia 57 tahun bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Tahan Tiga Lelaki Warga Asing Bantu Siasatan Kes Bunuh Dua Beranak Di Juru