Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Insiden Proton X50 Di Thailand: Ini Jumlah Pampasan Yang Bakal Diterima Mangsa Warga Malaysia

Pampasan
Kredit: Thaiger

Insiden Proton X50 Di Thailand: Ini Jumlah Pampasan Yang Bakal Diterima Mangsa Warga Malaysia

Pada 29 Jun lalu, negara dikejutkan dengan dua pelancong Malaysia cedera dalam insiden letupan bom di sebuah jalan di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.

Menurut polis dari Balai Polis Tak Bai, pihaknya menerima laporan mengenai letupan tersebut kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Sai Sapom, Mukim Phraiwan, daerah Tak Bai, Narathiwat.

Arsit tinjau lokasi letupan, ziarah mangsa di hospital

Susulan itu, Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri (KDN), Arsit Sampanrat telah meninjau lokasi kejadian letupan bom berhampiran persimpangan Sapom, laluan menuju daerah Tak Bai, di Ban Phaiwan, Mukim Phaiwan, daerah Tak Bai, Narathiwat kira-kira jam 5 petang.

Arsit bersama rombongan turut menziarahi mangsa yang cedera dalam insiden letupan paip bom berkenaan di Hospital Narathiwat Ratchanakarin di daerah Mueang.

Memetik One31, beliau turut menyerahkan sumbangan serta bantuan kewangan awal kepada dua mangsa yang tercedera.

Insiden berkait siri letupan di tiga wilayah selatan

Arsit berkata beliau bersama beberapa pegawai kanan keselamatan dan pentadbiran telah turun ke lokasi kejadian letupan tersebut yang berlaku kira-kira jam 11 pagi pada hari yang sama.

Menurutnya, insiden itu merupakan kesinambungan kepada siri letupan sebelum ini di stesen minyak di wilayah Yala dan Pattani, sekali gus dipercayai mempunyai kaitan antara satu sama lain di tiga wilayah sempadan selatan.

“Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul tidak berdiam diri.

"Perdana Menteri telah mengarahkan saya dari Paris untuk turun ke kawasan bagi menilai situasi serta memberikan bantuan segera dan maksimum kepada mangsa terlibat,” katanya.

Kronologi kejadian

Menyentuh mengenai kronologi kejadian, sebuah kenderaan Proton X50 dengan nombor pendaftaran Malaysia berada di laluan kiri jalan dan mengalami kerosakan teruk akibat letupan.

Letupan tersebut menyebabkan cermin hadapan pecah, selain bahagian bonet depan dan pintu kenderaan turut rosak.

Kredit: Bangkok Post

Ketika kejadian, sebuah kenderaan yang membawa anggota sukarelawan pertahanan yang baru pulang dari Yala dipercayai sedang memotong kenderaan mangsa sebelum kedua-duanya terkesan akibat letupan.

Siasatan dan kerja pembaikan diteruskan

“Hasil siasatan awal mendapati dua tong gas telah digabungkan dan diletupkan. Tong tersebut juga bukan buatan Thailand.

"Siasatan lanjut akan diteruskan sepenuhnya. Kerja-kerja pembaikan jalan akan dilaksanakan segera oleh Jabatan Kerja Raya bagi memulihkan keadaan,” katanya.

Menurut beliau, pentadbiran wilayah Narathiwat berada dalam keadaan bersedia dengan penyelarasan menyeluruh antara pentadbiran, keselamatan, ketenteraan dan polis.

Mesyuarat dan perkongsian maklumat keselamatan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan penyelarasan maklumat risikan antara agensi terlibat.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan pemasangan penghadang keselamatan di kawasan tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Pampasan segara disalurkan kepada mangsa

Berkaitan pampasan kepada mangsa, beliau berkata kerajaan akan mempercepatkan proses bantuan kepada warga asing yang terlibat.

Mangsa yang memandu dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala penumpang mengalami patah tulang.

Menurut beliau, Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPC) telah menyalurkan bantuan awal sebanyak 50,000 baht (RM6,144.63) bagi mangsa cedera parah dan 10,000 baht (RM1,228.93) bagi kecederaan ringan serta kos pembaikan kenderaan.

Sementara itu, Pejabat Pencegahan dan Pengurusan Bencana Wilayah Narathiwat menyalurkan bantuan sebanyak 2,600 baht (RM319.52) seorang, manakala Persatuan Palang Merah Narathiwat memberikan 3,000 baht (RM368.68) bagi kes cedera parah dan 2,000 baht (RM245.79) bagi kecederaan ringan mengikut peraturan masing-masing.

Sumber:One31,Thaiger