Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seperti yang diketahui, ciri baharu, nama pengguna atau Username di WhatsApp akan dilancarkan secara berperingkat.
Sudah tentu ramai yang sudah tidak sabar menantikan ciri baharu dalam aplikasi permesejan ini.
Namun memandangkan ianya masih baharu, mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya apa itu nama pengguna?
Nama pengguna ialah pengenal pasti unik opsyenal yang boleh anda pilih untuk akaun WhatsApp anda.
ID bermula dengan simbol @ (contohnya, @Name123) dan boleh digunakan oleh orang lain untuk menghantar mesej atau menghubungi anda, sambil memastikan nombor telefon anda peribadi.
Nama pengguna anda berbeza daripada nama paparan anda (nama yang muncul dalam profil anda). Nama paparan anda tidak semestinya unik, tetapi nama pengguna anda perlu unik.
Menariknya, tiada sesiapa yang akan dapat melihat nama pengguna anda yang simpan sehingga nama pengguna anda menjadi aktif.
Sebaik sahaja nama pengguna anda menjadi aktif, orang yang tidak menyimpan nombor anda akan melihat nama pengguna anda.

Mudah sahaja, anda akan menerima pemberitahuan dalam WhatsApp apabila nama pengguna anda aktif.
Anda akan dapat berkongsi nama pengguna anda dan bukannya nombor telefon anda untuk berhubung dengan orang baharu, dan nombor telefon anda akan dirahsiakan daripada sesiapa sahaja yang belum menyimpannya dalam kenalan mereka.

Bagi Android;
Ketik titik tiga > Tetapan.
Ketik kawasan di sekeliling foto profil anda.
Ketik Nama pengguna > Hubungi saya menggunakan nama pengguna.
Pilih Orang yang tahu kunci saya.
Kunci akan dijana untuk anda secara automatik.
Untuk menjana kunci baharu, ketik Dapatkan kunci yang berbeza.
Ketik Simpan kunci.
Kunci anda kini akan muncul di bawah nama pengguna anda dalam tetapan profil anda. Anda boleh menemukan nama pengguna anda pada bila-bila masa dengan pergi ke profil anda dan mengetik Nama pengguna.

Bagi iOS;
Ketik Anda.

Sementara Web pula, username tidak tersedia pada WhatsApp Web atau Desktop pada masa ini.