Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Industri Kafe Asia Tenggara Terus Melonjak, International Cafe & Beverage Show 2026 Bersiap Sedia Untuk Edisi Terbesar Setakat Ini
Seiring pertumbuhan pesat sektor kafe di Asia Tenggara, International Café and Beverage Show (ICBS) kembali untuk edisi kelima dari 7 hingga 9 Mei 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menawarkan platform yang terbukti berkesan bagi jenama dan pembekal untuk merebut peluang dalam pasaran minuman yang berkembang pesat di rantau ini.
Dengan peningkatan ketara keusahawanan kafe, kemunculan pasaran teh sedia diminum (RTD) Malaysia sebagai segmen pertumbuhan utama, selera pengguna terhadap minuman premium yang semakin meningkat, serta ekosistem pemanggang kopi, pengedar dan pembekal peralatan yang kian matang, ICBS 2026 hadir tepat pada waktunya bagi perniagaan yang bersedia untuk berkembang, melancarkan penawaran baharu atau mengukuhkan kehadiran serantau.
Dianjurkan oleh Montgomery Asia bersama Rakan Pendidikan Barista Guild Asia, Rakan Mixologi Eciatto dan, Rakan Strategik Teh HJC Global Tea Fair, impak komersial ICBS telah dibuktikan secara konsisten melalui edisi-edisi terdahulu di mana lebih 2,000 pemilik kafe dan 900 barista menghadiri ICBS 2025 pada April tahun lalu.
Para pempamer melaporkan bahawa 50 peratus daripada mereka berjaya menutup pesanan jualan di lokasi, manakala 91 peratus memperoleh prospek perniagaan berkualiti — satu pencapaian yang mengukuhkan keberkesanan ICBS sebagai platform komersial.
Edisi 2025 turut menyaksikan lebih 60 peratus pempamer mengesahkan penyertaan mereka untuk 2026 sebelum meninggalkan dewan pameran, satu petunjuk jelas terhadap keyakinan industri terhadap keupayaan platform ini untuk menjana hasil perniagaan yang nyata.
Bagi jenama yang ingin mengakses serta berhubung secara langsung dengan pemilik kafe, barista, pengurus pembelian dan pengedar serantau yang hadir dengan bajet serta kuasa membuat keputusan, ICBS telah memposisikan dirinya sebagai platform penghubung yang efektif dan titik masuk paling cekap ke dalam ekonomi minuman Malaysia dan Asia Tenggara.
Menurut Encik Alun Jones, Pengarah Projek Montgomery Asia, pameran ini telah membuktikan dirinya sebagai sebuah platform di mana pempamer membawa inovasi, manakala pembeli hadir dengan niat yang jelas, seterusnya menghasilkan transaksi perniagaan yang sebenar.
“Apa yang kami lihat dari tahun ke tahun ialah perbincangan yang berlangsung di ruang pameran kami berkembang menjadi pesanan pembelian, perjanjian pengedaran dan kerjasama jangka panjang yang membentuk pertumbuhan jenama di rantau ini.
“Pada tahun 2026, bersama rakan-rakan kami iaitu Barista Guild Asia, Eciatto, dan kini HJC Global Tea Fair, kami memperkukuh fokus komersial ini dengan kehadiran antarabangsa yang lebih mantap serta pemadanan perniagaan yang lebih tersasar merangkumi segmen kopi dan teh, ini kerana kami faham bahawa di sinilah pasaran kafe dan minuman Asia Tenggara kini meletakkan tumpuan seriusnya,” kata beliau.
Edisi 2026 diposisikan sebagai yang paling kukuh setakat ini, mengembangkan momentum yang telah membentuk ICBS sebagai penanda aras utama trend kafe dan minuman serantau.
Setiap tahun, ruang pameran ICBS menjadi pentas awal bagi pelancaran produk baharu, inovasi peralatan serta corak penggunaan yang sedang muncul, sekali gus menentukan hala tuju industri untuk bulan-bulan seterusnya.
Satu pencapaian penting bagi edisi 2026 ialah pengenalan segmen khusus untuk teh, menandakan kali pertama ICBS menampilkan zon tertumpu bagi pembekal teh, produk teh istimewa serta peralatan berfokuskan teh.
Pengembangan ini mencerminkan pertumbuhan pesat pasaran teh sedia diminum (RTD) di Malaysia, yang diunjurkan meningkat sebanyak USD 67.8 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sekitar 6.4 peratus dari 2025 hingga 2030.
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan permintaan pengguna terhadap pilihan minuman yang lebih sihat dan berfungsi, selain budaya teh Malaysia yang pelbagai, merangkumi adunan tradisional dan moden.
Bagi memperkukuh kredibiliti antarabangsa serta memberikan kedalaman kepada segmen baharu ini, ICBS 2026 telah menjalin kerjasama dengan HJC Global Tea Fair, penganjur pameran teh terbesar di dunia yang berpangkalan di Shenzhen, China.
Bersama Montgomery Asia, HJC akan menyediakan sebuah astaka khas yang menampilkan antara syarikat dan pembekal teh terkemuka dari China, seterusnya menghubungkan warisan teh China yang kaya dengan permintaan pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang.
“Kami amat berbesar hati untuk meneroka pasaran ASEAN. Kami melihat Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pempamer kami, dengan permintaan terhadap teh yang semakin meningkat dan telah didokumentasikan dengan baik.
“Kami juga percaya bahawa ICBS, dengan tumpuannya yang kukuh terhadap sektor minuman, merupakan platform yang paling sesuai untuk inisiatif baharu yang mengujakan ini,” ujar Puan Kate Ba, Pengarah Jabatan Antarabangsa HJC Global Tea Fair.
Encik Alun Jones turut menegaskan bahawa segmen teh ini merupakan antara penambahan paling menarik dalam evolusi pameran tersebut, sejajar dengan perkembangan pasaran minuman yang kepelbagaian dan dinamik.
“Walaupun kopi kekal sebagai teras utama ICBS, kami melihat momentum luar biasa dalam segmen teh sedia diminum, infusi herba dan produk teh istimewa di seluruh rantau ini.
“Kerjasama dengan HJC Global Tea Fair membolehkan kami membawa kepakaran teh bertaraf dunia serta pembekal terkemuka secara langsung kepada pembeli Asia Tenggara yang sedang aktif membina portfolio minuman mereka.
“Bagi pembekal teh, pengeluar peralatan dan pengedar, inilah masa yang tepat untuk mengukuhkan kehadiran dalam pasaran yang sedang berkembang dengan pantas,” kata beliau.
ICBS 2026 turut menampilkan program yang diperkasakan merangkumi sesi penyediaan minuman secara langsung, persembahan mixologi, demonstrasi produk serta pembentangan yang dipimpin oleh pakar industri mewujudkan persekitaran bertenaga tinggi di mana penemuan baharu memacu peluang komersial.
Kejohanan barista peringkat kebangsaan dan pertandingan mixologi mesra halal akan kembali sebagai tarikan utama, menghimpunkan bukan sahaja perhatian bakat elit malahan menarik perhatian awam.
Kesemua pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Barista Guild Asia dan Eciatto, dengan sokongan berterusan mereka yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti serta jangkauan pameran ini.
Seiring dengan sambutan awal yang memberangsangkan serta ruang pameran yang pantas diisi, jenama, pengedar, pemanggang kopi, pembekal teh, pengeluar peralatan serta inovator minuman yang ingin mengukuhkan kehadiran mereka di perhimpunan kafe dan minuman paling berfokus kepada aspek komersial di Asia Tenggara, atau yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ICBS 2026, peluang pameran, pertanyaan kerjasama dan maklumat pendaftaran, boleh melayari https://intl-cbs.com.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pempamer, permohonan gerai boleh dikemukakan melalui www.intl-cbs.com/contact/, manakala pendaftaran pengunjung boleh dilakukan di https://register.eps.net.my/register/ICBS2026.