Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

IPU Lebih 200, Sekolah Perlu Ditutup Serta-Merta - Fadhlina

SEKOLAH
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek

Sekolah perlu ditutup serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu selaras dengan ketetapan yang termaktub dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1 Tahun 2019.

Menurutnya, keselamatan murid perlu diberi keutamaan susulan keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan dengan bacaan IPU di sejumlah lokasi mula mencatatkan paras tidak sihat.

“Jerebu sedang melanda beberapa kawasan dan bacaan IPU di beberapa lokasi mula mencatatkan paras tidak sihat. Keselamatan anak-anak mesti kita dahulukan.

“Jika IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah perlu dihentikan,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, Fadhlina meminta pihak sekolah supaya sentiasa memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

“Jaga diri dan anak-anak kita,” katanya lagi.

Intipati
  • Sekolah perlu ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi paras 200.
  • Fadhlina berkata semua aktiviti luar bilik darjah perlu dihentikan jika IPU melebihi 100.
  • Pihak sekolah diminta memantau bacaan IPU dan bertindak mengikut garis panduan ditetapkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan