Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Iran Capai Perjanjian Atau Tidak, AS 'Tetap Menang' - Trump
Donald Trump menegaskan Amerika Syarikat (AS) akan tetap mencapai kemenangan tanpa mengira sama ada Iran bersetuju dalam rundingan yang sedang berlangsung, lapor AFP.
Beliau berkata demikian ketika Naib Presiden, JD Vance mengetuai delegasi AS di Islamabad, Pakistan, susulan perbincangan bersama Iran yang memasuki hari kedua.
Menurut Trump, rundingan tersebut tidak memberi kesan besar terhadap pendirian AS.

“Sama ada perjanjian dicapai atau tidak, ia tidak memberi perbezaan kerana kami 'sudah menang'
“Kami kini berada dalam rundingan yang sangat mendalam dengan Iran dan tetap berada di pihak yang menang, termasuk dari sudut ketenteraan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika Naib Presiden, JD Vance mengetuai delegasi AS ke ibu negara Pakistan, Islamabad, bagi meneruskan perbincangan dengan Iran yang kini memasuki hari kedua.
Menurut Trump, hasil rundingan tersebut tidak akan mengubah pendirian Washington.
“Sama ada perjanjian dicapai atau tidak, ia tidak memberi sebarang perbezaan kepada saya kerana kita sudah pun menang.
“Kami kini terlibat dalam rundingan yang sangat mendalam dengan Iran. Namun, kami tetap berada di pihak yang menang. Dari segi ketenteraan, kami telah menewaskan mereka,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi kenyataan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) bahawa kapal perang Tentera Laut negara itu telah melalui Selat Hormuz pada Sabtu bagi memulakan operasi membersihkan periuk api yang didakwa milik Iran.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan Iran yang sebelum ini dilaporkan menggunakan pengaruhnya ke atas laluan sempit berkenaan serta bekalan minyak global sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan AS dan Israel pada 28 Februari lalu.
Trump turut menegaskan bahawa AS akan meneruskan usaha membersihkan periuk api berkenaan dan membuka semula laluan strategik itu.
“Kami sedang membersihkan selat itu dan akan membukanya semula walaupun kami sendiri tidak menggunakannya, kerana banyak negara lain bergantung kepadanya, namun mereka sama ada takut, lemah atau terlalu berkira,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam AFP.
Dalam kenyataan sama, beliau sekali lagi meluahkan kekecewaan terhadap sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak menyertai konflik tersebut serta tidak dirunding lebih awal.
“Kami tidak menerima bantuan daripada NATO, itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya lagi.