Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Dakwa Serang Pangkalan Tentera AS di Kuwait, Bahrain

iran as
Gambar: AFP

Iran Dakwa Serang Pangkalan Tentera AS di Kuwait, Bahrain

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan terhadap puluhan kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait dan Bahrain sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang dilakukan Washington.

Menurut kenyataan IRGC yang disiarkan oleh penyiar rasmi negara itu, IRIB, operasi tersebut dilaksanakan secara bersama oleh Pasukan Tentera Laut dan Pasukan Aeroangkasa IRGC.

Sasar 85 kemudahan tentera utama milik AS 

IRGC mendakwa sebanyak 85 kemudahan tentera utama milik AS di kedua-dua negara berkenaan menjadi sasaran dalam serangan yang melibatkan peluru berpandu dan dron.

"Dalam tindak balas awal terhadap pencerobohan ini, Pasukan Tentera Laut dan Pasukan Aeroangkasa IRGC telah melaksanakan operasi bersama menggunakan peluru berpandu dan dron, dengan menyasarkan 85 kemudahan tentera utama Amerika Syarikat," menurut kenyataan itu.

Selain itu, IRGC turut mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah dron pengawasan jenis MQ-9 milik AS.

Sumber:AFP