Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Serang Pangkalan Tentera AS Di Negara Arab

Iran Serang Pangkalan Tentera AS
Kredit: CNN

Iran Serang Pangkalan Tentera AS Di Negara Arab

Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan pada Sabtu bahawa mereka telah mensasarkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Bahrain sebagai tindakan balas terhadap serangan AS dan Israel terhadap ibu negaranya, lapor AFP

Perkara itu dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Tasnim.

"Peluru berpandu dan dron IRGC telah membedil ibu pejabat Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain serta pangkalan Amerika yang lain di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, selain pusat ketenteraan dan keselamatan di tengah-tengah wilayah yang diduduki, dengan bedilan yang hebat," maklum kenyataan itu.

Sebelum ini, Iran dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Israel bersama Amerika Syarikat, menurut kenyataan rasmi dari tentera Israel lapor BBC.

"Siren telah dibunyikan di beberapa kawasan di seluruh negara susulan pengenalan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah Negara Israel," maklum Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.


Sumber:AFP,CNN