Kerajaan Negeri Sembilan Zahir Sokongan Penuh, Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz
Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat dan negeri.
“Saya mengambil maklum kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026. Apa jua pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka.
“Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri.
“Saya bersama kerajaan negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

