Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tun M Pun Turun MAHA 2026, Kehadiran Curi Perhatian Pengunjung

MAHA
Gambar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

“Eh, Tun M pun datang MAHA?” Itu antara reaksi pengunjung apabila melihat kelibat negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir memeriahkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir pastinya menjadi antara momen menarik buat pengunjung yang berada di lokasi, apatah lagi peluang melihat secara dekat negarawan berkenaan ketika beliau meluangkan masa meninjau kemeriahan MAHA 2026.

Gambar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Bukan sekadar pameran berkaitan pertanian, MAHA 2026 tampil dengan pelbagai tarikan yang menggabungkan teknologi, inovasi, makanan, budaya dan agro pelancongan dalam satu lokasi. Tidak hairanlah acara berkenaan terus menjadi tumpuan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia.

Lebih menarik, kemeriahan MAHA 2026 bukan hanya dapat dirasai menerusi pelbagai pameran dan aktiviti, malah kehadiran tokoh serta personaliti terkenal turut memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang hadir.

Jadi, kalau Tun M pun dah sampai MAHA, anda bila lagi? Jangan lepaskan peluang kerana MAHA 2026 kini berbaki satu hari sahaja sebelum melabuhkan tirai pada 6 September. Jom ke MAEPS, Serdang dan rasai sendiri kemeriahan MAHA 2026!

Intipati
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir memeriahkan MAHA 2026 di MAEPS, Serdang.
  • Pameran itu menampilkan tarikan pertanian, teknologi, inovasi, makanan, budaya dan agro pelancongan.
  • MAHA 2026 berbaki satu hari sebelum melabuhkan tirai pada 6 September.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan