Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
perang israel iran
Gambar: BERNAMA

Israel Cuba Seret AS Dalam Kancah Perang Dengan Iran – Putera Mahkota Saudi 

Hannah

Israel Cuba Seret AS Dalam Kancah Perang Dengan Iran – Putera Mahkota Saudi

TEHRAN, 15 Jun (Bernama-IRNA) — Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bertitah Riyadh percaya Israel sedang berusaha memperdalam konflik dengan Iran dalam cubaan untuk menyeret Amerika Syarikat (AS) ke dalam peperangan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Sabtu, Putera Mahkota menyatakan keyakinan bahawa Iran akan bertindak secara bijaksana dan menggagalkan matlamat Tel Aviv.

“Hari ini, seluruh dunia Islam bersatu menyokong anda,” titah Mohammed bin Salman kepada presiden itu.

Pezeshkian berkata beliau berusaha untuk memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini sejak hari pertama pentadbirannya, namun Israel sentiasa cuba menggagalkan usahanya setiap kali hampir mencapai kejayaan.

Beliau turut menyuarakan harapan agar Iran dan Arab Saudi dapat bekerjasama mewujudkan ketenangan di rantau ini.

Serangan Israel ke wilayah Iran bermula pada malam Jumaat, menyasarkan sistem pertahanan udara serta kemudahan tenaga nuklear dalam gelombang serangan pertama.

Beberapa pegawai kanan tentera Iran turut menjadi sasaran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio segera mengumumkan bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam serangan itu.

Iran melancarkan serangan balas ke dalam wilayah diduduki Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Terbaharu, ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran menjadi sasaran Israel awal pagi Ahad.

BACA: Israel Tutup Semua Kedutaan Di Seluruh Dunia

BACA: Pentadbiran Pezeshkian Ikrar Iran Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Israel

BACA: Perancis Bertekad Iktiraf Negara Palestin – Menteri Luar

Sumber: BERNAMA