Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Istana Kaca Terbesar Di Dunia ‘Roboh’ Selepas Dua Kanak-Kanak Terlanggar Di Muzium Shanghai

Nurul Najiha

Istana kaca dikatakan terbesar di dunia yang terletak di muzium kaca di Shanghai telah hancur sebahagiannya selepas dua orang kanak-kanak yang bermain disekitar muzium telah terlanggar objek berkenaan, lapor Shanghaiist.

Fantasy Caslte merupakan istana kaca yang diilhamkan daripada istana cinderella yang terkenal di terkenal di Disney World. Istana berkenaan telah dicipta oleh seorang pembuat kaca Sepanyol Miguel Arribas selepas 500 jam bekerja.

Dia telah memberikan hasil buatannya kepada muzium pada tahun 2016 yang bernilai sekitar 450,000 yuan bersama menara yang dibuat dengan emas 24 karat.

Dilaporkan, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan yang berkunjung ke muzium bersama ibu bapa, mereka telah bermain kejar mengejar di antara satu dengan yang lain, sebelum mereka melepasi tali penghadang dan melanggar istana berkenaan.

Pihak muzium mengatakan bahawa mereka berharap seniman Arribas dapat membantu memperbaiki kerosakkan, namun akibat sekatan perjalanan disebabkan Covid-19, dia tidak dapat datang ke China.

Walau bagaimanapun, ibu bapa kepada kedua kanak-kanak itu telah meminta maaf kepada pihak muzium dan akan bertanggungjawab atas pembaikan istana berkenaan.

Kejadian ini dikaitkan dengan kejadian yang sama pada tahun 2016, dimana sepasang ibu bapa dengan gembira mengambil gambar anak mereka yang telah merosakkan sepasang sayap yang diperbuat daripada kaca.

Selepas mengetahui kejadian berkenaan, seorang seniman China telah memutuskan untuk meninggalkan sayap berkenaan disitu dengan menukar nama karya kepada ‘Broken’.

Sumber: Shanghaiist.com