Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Bermula Esok

Iqbal Yasir
Perkahwinan Puteri Sultan Pahang
Gambar: Bernama

Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Bermula Esok

KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) — Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz esok.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah diadakan esok diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.

Kesemua istiadat itu dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS.

Pelbagai acara menarik akan turut dianjurkan di kedua-dua lokasi terbabit sepanjang istiadat.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Gara-gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Di Jepun Tergendala

BACA JUGA: Penerbangan Bawa 40 Warga Palestin Untuk Rawatan Di Malaysia Selamat Berlepas