Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Gunting Hilang penerbangan jepun
Gambar: Japan News

Gara-gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Di Jepun Tergendala

Iqbal Yasir

Gara-gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Di Jepun Tergendala

TOKYO — Gara-gara sebilah gunting hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan, sebanyak 36 penerbangan dibatalkan dan 201 lagi ditangguhkan di sebuah lapangan terbang Jepun, lapor BBC News.

Pemeriksaan keselamatan di terminal domestik Lapangan Terbang Chitose Baharu Hokkaido tergendala selama kira-kira dua jam dalam kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu.

Ia menyebabkan lebih ratusan pelancong terkandas buat sementara waktu.

Difahamkan, pihak berkuasa cuba mengesan gunting yang hilang namun tidak ditemui pada hari yang sama.

Meskipun kehilangan gunting itu tidak dapat dikesan tetapi pemeriksaan keselematan dan penerbagan akhirnya disambung semula pada hari itu.

Bagaimanapun, Pengendali Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido mengumumkan pada Isnin mengesahkan bahawa gunting itu telah ditemui oleh seorang pekerja di kedai yang sama pada Ahad lalu.

“Berlaku kesesakan yang menyebabkan barisan panjang di ruang perlepasan kerana para penumpang diminta untuk menjalani pemeriksaan keselamatan semula,” maklumnya.

Sementara itu, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan telah meminta Lapangan Terbang Hokkaido untuk menyiasat punca kejadian dan mengelakkan perkara berkenaan daripada berulang.

“Kami menyedari bahawa ini berlaku akibat sistem penyimpanan dan pengurusan yang tidak mencukupi di kedai.

“Kami sedar bahawa ini juga merupakan insiden yang boleh menimbulkan panik kerana dikaitkan dengan rampasan atau keganasan.

“Kami sekali lagi akan berusaha untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang kembali di masa depan.” maklum Lapangan Terbang Hokkaido dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Lapangan Terbang New Chitose merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di Jepun kerana menyediakan laluan udara domestik kedua paling kerap dilalui di dunia antara Tokyo dan Sapporo .

Pada 2022, lebih daripada 15 juta pelancong menggunakan lapangan terbang tersebut.

Sumber: BBC News

BACA JUGA: Penerbangan Bawa 40 Warga Palestin Untuk Rawatan Di Malaysia Selamat Berlepas

BACA JUGA: Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia

BACA JUGA: Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia