Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu Dokumentasi: Setiausaha Agung FAM Digantung Tugas Serta-Merta
KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, digantung daripada tugasnya serta-merta.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundaram, hari dalam sidang media khas yang berlangsung di Petaling Jaya.
Sebelum ini, FAM memaklumkan bahawa pihaknya mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen tujuh pemain berkenaan yang dilakukan oleh petugas pentadbiran.
FAM sebelum ini turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya rayuan di peringkat FIFA tidak membuahkan hasil.
Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Perkara 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Dalam satu kenyataan, FIFA memaklumkan bahawa FAM telah menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain berkenaan, yang membolehkan mereka beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.
Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.
Sumber: Astro Arena