Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Isu Hantaran Facebook, Mona Din Mohon Maaf Kepada Pihak Peguam Negara
Aktivis, Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Peguam Negara berhubung satu hantaran di laman Facebook miliknya pada 4 September lalu.
Permohonan maaf itu dinyatakan olehnya selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menyerahkan Notis Tunjuk Sebab kepadanya pada 10 September lalu.
“Saya dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya tidak pernah mempunyai maksud untuk mempertikai atau campur tangan di dalam prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan.
“Saya juga tidak mempunyai niat jahat untuk mahu mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat, apatah lagi Hakim Mahkamah Koroner yang sedang menjalankan prosiding inkues,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.
Ujarnya lagi, dia berjanji tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah.
“Justeru itu, saya telah telah pun memadam posting berkenaan pada 13 September 2025 jam 6.18 petang.
“Saya dengan penuh rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf serta mengucapkan terima kasih kepada Pihak Peguam Negara kerana telah memberi kesempatan untuk saya memohon maaf bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.
Terdahulu AGC berkata Notis Tunjuk Sebab diserahkan kepada aktivis itu selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Sumber: Mona Din