Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
isu penjaja belon
Sumber: BERNAMA

Isu Penjaja Belon: DBKL Rehatkan Anggota Terlibat Sementara Tunggu Siasatan Selesai

Hannah

Isu Penjaja Belon: DBKL Rehatkan Anggota Terlibat Sementara Tunggu Siasatan Selesai

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan seorang penjaja belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat lepas, direhatkan sementara daripada tugas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata tindakan itu diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar ia dapat dijalankan secara bebas, telus, dan menyeluruh tanpa sebarang campur tangan.

Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan ini juga turut dibincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

BACA: Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Insiden Pukul Guna Topi Keledar

“DBKL memandang serius kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku warga kerja sekiranya dibuktikan bersalah, terutama yang menjejaskan integriti dan kepercayaan awam terhadap institusi penguatkuasaan.

“DBKL kekal berprinsip untuk menegakkan tadbir urus yang berintegriti, bertanggungjawab dan berteraskan prinsip keadilan kepada semua pihak. Sebarang keputusan akan ditentukan setelah siasatan penuh selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video pergelutan antara anggota penguat kuasa itu turut tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Penjaja belon berkenaan Muhammad Za’immudin Azlan, 28, kini menerima rawatan di sebuah hospital awam.

DBKL sebelum ini berkata insiden itu berlaku susulan penjaja itu enggan memberi kerjasama dan mematuhi arahan penguat kuasa, selain didakwa bertindak agresif terhadap anggota bertugas.

Sementara itu Maimunah berkata Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Ismadi Sakirin dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Mohd Muzammer Jamaluddin yang mewakili DBKL telah menziarahi Muhamad Za’imuddin Azlan di hospital berkenaan.

“DBKL akan mempertimbangkan untuk menanggung kos rawatan beliau sepanjang tempoh rawatan, tertakluk semakan lanjut dan keperluan perubatan semasa. Kami menyeru semua pihak mengelak dari membuat spekulasi, bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci,” katanya.

BACA: Buta Mata Tapi Celik Hati, Muhammad Hafizuddin ‘Bilal Cilik’ Masjid

BACA: WynSnow Salji Sebenar Ke KLCC

Sumber: BERNAMA