Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAKIM Perjelas Isu Produk Makanan Ringan Berstatus Halal Dilabel ‘Mengandungi Babi’

Azizah Najib
makanan ringan mengandungi babi
Kredit: Bernama

JAKIM Perjelas Isu Produk Makanan Ringan Berstatus Halal Dilabel ‘Mengandungi Babi’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan berkenaan isu produk makanan ringan berstatus halal mempunyai label ‘mengandungi babi’ yang tular baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, hasil semakan menunjukkan isu berkenaan berlaku di luar negara. Pihak syarikat pengeluar produk tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan isu tersebut.

“Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau keresahan awam. JAKIM akan terus menjalankan pemantauan terhadap aspek yang melibatkan kepentingan halal bagi memastikan hak dan kepentingan pengguna Muslim sentiasa terpelihara,” maklum jabatan berkenaan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

BACA: Cara Ke PBAKL Guna LRT, MRT, KTM & Monorel

BACA: Jangan Hon Gajah Liar, Ikuti Langkah Keselamatan Ini