Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAKIM Seru Orang Ramai Baca Yaasin, Solat Hajat Di Rumah Masing-Masing Malam Ini

Pelbagai langkah dan cara telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung gejala wabak Covid-19. Perdana Menteri juga sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai satu langkah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Pada hari ini, 19 Mac 2020 menerusi perkongsian daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyeru kepada semua orang yang beragama Islam khususnya untuk bersama-sama membaca surah Yaasin dan menunaikan solat hajat untuk memohon doa kepada Allah SWT.

Kempen tersebut diadakan di setiap rumah masing-masing. Bermunajatlah pada Allah agar dunia diselamatkan daripada wabak Covid-19. Kempen ini juga mengalakkan untuk kita sama-sama membaca surah Al-Kahfi juga.

Anda bebas memilih untuk baca apa jua surah, yang penting bersama-sama kita munajat pada Allah SWT dengan penuh ketundukan agar;

Keresahan didamaikan Kekalutan ditenangkan Kesukaran dimudahkan
Keperitan diringankan

Doakan juga petugas barisan hadapan yang sedang berjihad dimedan mereka.

Sumber: JAKIM