Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jalan Kuching Ditutup Hingga 14 Mei

Gambar: FB DBKL

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut di sini, yang ditutup di kedua-dua hala sejak 19 April hingga 14 Mei ini mulai 11 malam hingga 5 pagi setiap malam akan menyebabkan gangguan aliran trafik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan penutupan jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan perparitan di lokasi berkenaan dilaksanakan.

”Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan serta sebarang kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

— BERNAMA