Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Amalkan, Ini Rupanya 5 Kesan Buruk Makan Lewat Malam

Azzwin
Kredit: ImageFX

Jangan Amalkan, Ini Rupanya 5 Kesan Buruk Makan Lewat Malam

Dalam kehidupan seharian, ramai yang terpaksa menyesuaikan jadual makan dengan komitmen kerja, urusan keluarga dan rutin harian yang tidak menentu.

Ada kalanya, waktu makan terpaksa dianjakkan ke lewat malam. Tanpa disedari, tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu ini semakin menjadi kebiasaan.

Walaupun kelihatan remeh, corak pemakanan yang tidak teratur boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan sekiranya diamalkan secara berterusan.

Justeru, kali ini SK akan kongsikan lima kesan buruk makan lewat malam, menurut Hello Doktor.

Boleh ke saya makan sebelum tidur ?

Anda perlu tahu, waktu makan malam yang sesuai ialah pada pukul 7 malam. Lebih mudah jika anda elakkan makan makanan dua hingga empat jam sebelum tidur.

Jadi, lebih baik ada jarak di antara waktu anda makan dan waktu tidur. Jika tidak, ada banyak kesan yang boleh berlaku akibat makan lambat di waktu malam.

Keburukan makan lewat malam

1. Mencetus asid refluks pada badan

Makan sebelum tidur dalam masa 2-3 jam boleh mencetuskan pengeluaran asid dalam perut.

Ditambah lagi dengan berbaring sejurus selepas makan boleh menyebabkan asid refluks naik ke dalam esofagus, lalu menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan.

2. Mengalami gangguan hormon

Tahukah anda, makan lewat malam juga boleh menjejaskan keseimbangan hormon, terutamanya hormon insulin, yang mengawal paras gula dalam darah.

Makan lewat boleh menyebabkan kadar gula darah dan insulin pada waktu malam lebih tinggi lalu meningkatkan risiko rintangan insulin.

3. Mengalami gangguan pencernaan

Akibat makan lambat, anda boleh mengalami gangguan pencernaan. Lebih-lebih lagi jika anda terus berbaring selepas makan! Ini akan menyukarkan makanan untuk bergerak di dalam usus.

Sebab itulah, anda akan mengalami pedih ulu hati ataupun ketakcernaan.

4. Mengganggu kitaran tidur, antara keburukan makan lewat malam

Makan sebelum tidur boleh mengganggu waktu tidur anda.

Percaya atau tidak, badan anda akan mengalami ketakcernaan seperti sendawa, berangin dan rasa pedih di bahagian abdomen. Anda juga akan mudah terjaga dua atau tiga jam selepas tidur.

Jadi, berpada-pada jika makan sebelum tidur dan ambil buah seperti epal sebagai alas perut di waktu malam.

5. Berat badan semakin bertambah

Pertambahan berat badan juga berkait dengan pemakanan dan tidur.

Pada ketika ini, anda akan cenderung untuk makan makanan yang tinggi kalori, makanan yang manis dan snek yang tidak sihat sebagai solusi lapar.

Situasi ini sering kali dihadapi oleh 15-20% individu yang bekerja mengikut shift.

Oleh sebab itu, anda perlu mengubah corak pemakanan yang lebih sihat untuk mencegah pertambahan berat badan.

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Berapa Kerap Urutan Badan Patut Dibuat

Sumber: Hello Doktor