Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bahaya Bakar Sarang Telur, Ini Sebabnya

Siti Nur Ain Natasya
Bakar Sarang Telur
Kredit: Gambar AI Image FX

Bahaya Bakar Sarang Telur, Ini Sebabnya

Bunyi nyamuk berterbangan di tepi telinga kita saja dah membuat diri sudah merasa terganggu. Apatah lagi digigit oleh serangga ini yang boleh membawa kegatalan pada kulit, lebih teruk penyakit seperti Denggi yang boleh membawa maut.

Jadi, sudah tentunya ramai yang menggunakan pelbagai cara untuk membunuh atau menghalau serangga ini di kawasan rumah. Salah satunya dengan membakar sarang telur.

Namun, ramai yang tidak menyedari tersembunyi bahaya di sebalik amalan ini, terutamanya terhadap kesihatan paru-paru.

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita di Facebook Yati Yati mengejutkan ramai, tentang kisah seorang sahabatnya yang sudah seminggu terlantar di hospital.

Tanya Sakit Apa Rupanya..

Tadi pergi melawat sahabat yang terlantar di hospital sudah seminggu . Saya tanya sakit apa katanya jangkitan dalam paru-paru tapi tidak pula saya menanya beriya sangat.

Dia katakan penyakitnya berpunca dari sarang telur tu . Setiap petang dia membakar sarang telur tu untuk tujuan menghalau nyamuk.

Mengakibatkan dia sakit dada dan doktor sendiri mengesahkan sarang telur itulah puncanya.

Kuman masuk dalam paru paru katanya. Bahaya pula kan ni sarang telur di bakar buat halau nyamuk, nasib baik dapat info awal sebab saya pon suka bakar sebab banyak asap.

Kenapa Perlu Elakkan Bakar Sarang Telur?

Menghasilkan Asap Beracun

Menurut laporan United States EPA, sarang telur yang biasa digunakan adalah daripada kadbod kitar semula yang telah dicampur dengan pelbagai bahan industri seperti dakwat cetakan, gam atau pelekat kimia, dan pewarna atau peluntur.

Apabila dibakar, bahan-bahan ini akan menghasilkan asap beracun yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti formaldehid, karbon monoksida, benzena dan zarah halus (PM2.5) yang boleh disedut masuk ke dalam paru-paru.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kategori pencemar udara berbahaya (hazardous air pollutants, HAPs) yang boleh menyebabkan kesan kesihatan serius.

Antaranya, iritasi mata dan saluran pernafasan; asma dan bronkitis; serta risiko kanser paru-paru jika terdedah dalam jangka panjang.

Risiko Terhadap Golongan Berisiko

Golongan seperti kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan pesakit asma adalah paling terkesan dengan pendedahan kepada asap toksik. Zarah halus dari pembakaran boleh masuk jauh ke dalam paru-paru dan memberi tekanan kepada sistem pernafasan.

Menurut kajian oleh World Health Organization (WHO), pendedahan kepada pencemaran udara dalam rumah seperti asap pembakaran sampah atau kadbod menyumbang kepada 3.2 juta kematian pramatang setiap tahun, terutamanya di negara membangun yang menggunakan bahan bakar tak selamat.

Langkah Lebih Selamat Halau Nyamuk

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), berikut adalah kaedah alternatif yang lebih selamat dan mesra kesihatan;

1. Gunakan kipas luar rumah kerana nyamuk tidak suka kawasan berangin.

2. Buang air bertakung seperti pasu bunga, longkang, kolam yang menjadi tempat pembiakan.

3. Pakai pakaian yang cerah dan longgar untuk mengurangkan daya tarikan nyamuk.

4. Gunakan penghalau semula jadi seperti minyak lemon eucalyptus

BACA: Reaksi Orang Amerika “Try” Nasi Lemak, Curi Tumpuan

BACA: Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon

BACA: Tak Putus Dikunjungi, Keluarga Rayu Rehat Seketika Daripada Terima Tetamu

Sumber: Yati Yati via Facebook, EPA, WHO, CDC