Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Buang, Ini Cara Mudah Buat Baja Tanaman Guna Kulit Telur & Uncang Teh

Iqbal Yasir
baja kulit telur
Gambar: Syuhada Zahari
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jangan Buang, Ini Cara Mudah Buat Baja Tanaman Guna Kulit Telur & Uncang Teh

Ramai sekarang mula menjadikan aktiviti bercucuk tanam sebagai minat dan hobi baharu mereka bagi mengisi masa lapang. Bukan itu sahaja, hobi ini juga boleh memberikan keuntungan kerana boleh menjana kewangan.

Kebiasaannya, orang ramai suka menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Antara tanaman yang sering menjadi pilihan termasuklah kacang bendi, cili, terung, kailan, tomato, serai, bawang dan banyak lagi.

Bagaimanapun, hobi ini juga memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit seperti membeli baja kimia untuk memastikan tanaman terus subur.

Oleh itu, ramai petani mula mencari alternatif lain untuk menghasilkan baja yang jauh lebih murah dan berkualiti untuk tanaman.

Sehubungan itu, hari ini, SK akan berkongsikan satu kaedah menghasilkan baja tanpa bergantung pada baja kimia iaitu baja organik.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Menariknya, sebahagian bahan-bahan ini boleh kita dapati dari dapur rumah kita sendiri. Mesti mudah kan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Syuhada Zahari di Facebook Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di bawah.

Kulit Telur & Uncang Teh Atau Serbuk Kopi, Boleh Ganti Baja Kimia

Kulit telur baja
Gambar: Syuhada Zahari

Bahan-Bahan

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan baja ini adalah kulit telur, uncang teh atau serbuk kopi.

Cara-cara

Pertama, ambil kulit telur dan hancurkan ia menjadi kecil sama ada mengetuk kulit telur itu atau menggunakan blender.

Gambar: Syuhada Zahari

Kedua, ambil uncang teh atau kopi yang telah digunakan. Kemudian, keluarkan serbuk teh atau kopi daripada uncang.

Gambar: Syuhada Zahari

Ketiga, campurkan kulit telur dengan serbuk teh atau serbuk kopi. Gaulkan sehingga sebati.

Kulit telur baja
Gambar: Syuhada Zahari

Keempat, barulah baja ini boleh ditaburkan di atas tanah tanaman.

Kulit telur baja
Gambar: Syuhada Zahari

Selamat mencuba.

BACA JUGA: Kemarau Berlarutan, Penduduk Terpaksa Ambil Air Dari Batang Pokok Pisang Untuk Diminum

Sumber: Syuhada Zahari Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri