Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Jangan Keliru, Ini Rahsia Perbezaan Antara Susu Penuh Krim & Susu Rendah Lemak
Dari kecil hingga dewasa, ramai yang sudah terbiasa menjadikan susu sebagai sumber kalsium dan nutrien penting untuk tubuh.
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis susu seperti susu penuh krim, susu rendah lemak, susu soya, susu oat dan lain-lain.
Namun begitu, kebanyakan orang hanya minum tanpa benar-benar mengetahui apa yang khasiat di dalamnya.
Justeru, hari ini SK akan kongsikan perbezaan khasiat susu penuh krim dan susu rendah lemak, menurut portal Health.
Menurut portal Health, secawan susu penuh krim mengandungi kira-kira lapan gram lemak dan lima gram lemak tepu yang sering dianggap sebagai lemak tidak sihat.
“Susu penuh krim mempunyai gabungan nutrien, lemak dan protein yang seimbang, dan ini mungkin memberikan manfaat yang tidak dapat ditiru sepenuhnya oleh susu rendah lemak,” kata pakar pemakanan Lauren Manaker.
Tambahnya lagi, susu penuh krim membantu penyerapan nutrien dan memberi manfaat kesihatan yang lebih baik.
Walaupun susu penuh krim mengandungi lebih banyak kalori, kandungan lemaknya boleh membantu memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengawal selera makan.

Selain itu, susu penuh krim juga mungkin memberi manfaat kepada keadaan kesihatan tertentu.
Terdapat bukti awal yang menunjukkan tenusu penuh lemak mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular.
Walaupun mempunyai potensi manfaat, susu penuh krim juga mempunyai kelemahan, terutamanya jika diambil secara berlebihan.
Seorang pakar diet berdaftar, Toby Amidor turut menyatakan bahawa susu penuh krim boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Portal Health turut menjelaskan bahawa susu dan produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak telah disyorkan untuk pengambilan harian kebanyakan orang oleh Garis Panduan Pemakanan Rakyat Amerika.
Difahamkan, ini disebabkan kandungan lemak yang tinggi dalam susu penuh krim.
Kajian lain pada tahun 2024 menunjukkan bahawa menggantikan susu penuh krim dengan susu rendah lemak boleh menyebabkan pengambilan nutrien menjadi lebih rendah.

Ini kerana susu rendah lemak kurang mengenyangkan, lalu mendorong seseorang untuk mengambil makanan lain yang kurang berkhasiat bagi menampung rasa lapar.
Memandangkan ramai orang masih mengambil terlalu banyak kalori dan lemak, memilih susu tanpa lemak mungkin lebih sesuai bagi sesetengah individu.
Namun begitu, secara keseluruhan, pakar menyatakan bahawa susu penuh krim, susu rendah lemak dan susu tanpa lemak semuanya boleh menjadi sebahagian daripada diet sihat.
Difahamkan, pilihan terbaik bergantung kepada keadaan kesihatan dan matlamat individu.
Sumber: Health