Tular dua gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih berada di tapak pembinaan dengan memakai gelang pink telah mencemaskan penduduk sekitar.
Terkini, menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan keadaan pekerja yang memakai gelang pink di tapak pembinaan. Dalam penulisannya menulis, “Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini” bagi menggelak daripada kekeliruan orang ramai.
“Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini.”
Sebenarnya seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina. Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).
Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina. Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat.
Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan ke semua yang disaring berada dalam kawasan tapak bina. Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari.
Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi. Pada 13 November 2020 sehingga 15 November 2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November 2020.
Release order dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November 2020, jam 11am di tapak bina berkenaan. Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina.
Terdapat kontak rapat: 8 orang telah di kuarantinkan. Tempoh kuarantin 14 hari (7/11-20/11).
Kesemua pekerja yang lain adalah negative dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15 November 2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin.
Sumber: Dr Noor Hisham
