Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Lakukan Perkara Ini Sekiranya Mahu Mesin Rumput Tahan Lama
Penyelesaian bagi rumput yang panjang adalah memotongnya menggunakan mesin rumput atau mencabutnya menggunakan tangan, sekiranya larat untuk melakukan sedemikian.
Kebiasaannya, ramai yang akan memilih untuk memotong rumput menggunakan mesin, kerana kerja tersebut dapat dihabiskan dalam masa yang cepat.
Biarpun mesin rumput jarang digunakan dan hanya disimpan di dalam bilik stor namun ia sangat berguna untuk membersihkan laman.
Disebabkan itu, tidak salah untuk orang ramai tahu tips tentang cara penjagaan mesin rumput, walaupun ia mungkin tidak digunakan selalu.
BACA: Gempar Jumpa Bom Tangan Lama Ketika Mesin Rumput
Menerusi perkongsian RNS Channel di Facebook, ia menunjukkan cara-cara bagaimana untuk menjaga mesin rumput supaya dapat bertahan untuk masa yang lama.
Menurutnya, sekiranya mesin tersebut terus dimatikan selepas digunakan maka ia akan rosak.
Namun, sekiranya mengeringkan minyak terlebih dahulu, kebarangkalian untuk rosak adalah sedikit, tidak banyak seperti mematikannya secara terus.
“Selepas mesin jika hendak simpan lama jangan terus matikan. Keringkan dulu minyak dalam karburetor. Tutup minyak biarkan enjin hidup, rem sikit.
“Biar sampai enjin mati sendiri bermakna karburetor dah kering tidak ada minyak untuk elak melimpah dan senang hidupkan mesin masa nak guna,” jelasnya.
Jelasnya, dia akan mengeluarkan minyak dari tangki untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku.
“Saya akan keluarkan minyak dari tangki untuk elakkan 2T dalam tangki beku dan boleh guna untuk mesin lain.
“Ada juga yang amalkan sebelum buka minyak, goncang dulu minyak yang ada di dalam tangki elak 2T beku masuk ke karburetor. Jika masuk ke karburetor akan sumbat dan melimpah,” tambahnya.
Katanya, orang ramai tidak digalakkan untuk menekan ‘tuil’ untuk mengeringkan minyak
“Jangan amalkan tekan tuil di bawah karburetor untuk keringkan minyak lama-lama getah akan wear. Bila wear, minyak akan menitik.
“Bila minyak menitik kerja kita tergendala dan keluar modal nak baiki,” katanya.
Sumber: RNS Channel/Facebook