Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kini didakwa berada dalam keadaan koma dan dikatakan telah menyerahkan separuh dari kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya, lapor Market Watch.
Bekas pembantu kepada Presiden Korea Selatan, Chang Song-min mendakwa bahawa Kim Jong Un telah sakit tenat selepas kekurangan kemunculannya di tempat awam pada tahun ini.
“Saya mengesyakinya berada dalam keadaan koma namun hidupnya belum berakhir, ” katanya.
Tambahnya lagi, adik perempuan pemimpin itu, Kim Yo Jong, bersedia membantu meminpin negara.
Dakwaannya itu muncul setelah pengintip Korea Selatan mendedahkan bahawa Kim Yo Jong yang berusia 33 tahun itu berfungsi sebagai “perintah kedua de facto” walaupun belum dilantik sebagai pengganti abangnya.
Kim Jong Un hanya dilihat di khalayak awam beberapa kali pada tahun ini setelah desas-desus yang meluas pada bulan April selepas pembedahan jantung yang gagal.
Sumber: Market Watch