Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jasamu Tetap Dikenang,” Reaksi Tan Sri Abdul Hamid Bador Pada Sidang Media Tadi, Warganet Banjiri Ucapan Terima Kasih

Aqmal Ezany
Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama

Umum telah mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menamatkan perkhidmatannya daripada menyandang jawatan tersebut pada 3 Mei ini.

Selepas dua tahun menggalas jawatan tersebut, tempatnya itu akan digantikan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang menerima Surat Pelantikan Ketua Polis Negara Ke-13 di Kementerian Dalam negeri hari ini.

Susulan daripada itu, melalui perkongsian yang dilakukan di Facebook Bernama, beliau dilihat tidak dapat menahan emosi apabila mengesat air matanya ketika berucap dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama
Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama

Warganet yang melihat perkongsian oleh Bernama itu juga turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Hamid bador.

Sumber: Bernama