Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JAWI Bantah Penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membantah penganjuran program Rain Rave Water Music Festival 2026 yang dirancang berlangsung di Kuala Lumpur kerana dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak serta keruntuhan nilai masyarakat.
Dalam satu kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI hari ini, JAWI menyatakan kekesalan terhadap penganjuran program berkenaan dan menggesa pihak penganjur menilai semula konsep pelaksanaannya dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun ia perlu mematuhi garis panduan syarak seperti yang ditegaskan dalam Bayan Linnas Siri Ke-351 bertajuk “Rain Rave Water Music Festival 2026: Hiburan Ada Batas, Penganjur Memikul Tanggungjawab dan Konsert Berbentuk Maksiat Wajib Dihentikan”.
JAWI turut memaklumkan akan terus memperkukuh program keagamaan di Wilayah Persekutuan melalui pelbagai pendekatan termasuk kuliah, ceramah, forum, kempen media sosial serta khutbah Jumaat bagi meningkatkan kesedaran umat Islam agar menjauhi aktiviti berunsur maksiat.
Sehubungan itu, JAWI akan menganjurkan bacaan Yasin dan solat hajat secara serentak di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari ini selepas solat Maghrib, bagi mendoakan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
"JAWI juga memohon kerjasama semua pihak agar memastikan sebarang penganjuran program berbentuk hiburan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh menjejaskan kecuaian agama dan akhlak masyarakat bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar," ujar kenyataan lagi.