Pagi ini, kebanyakan kawasan di Malaysia masih diselubungi jerebu yang belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih sepenuhnya.
Malah, sebanyak 38 kawasan dilaporkan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.
Menurut data yang dipaparkan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 30 kawasan lagi merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Keadaan ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, khususnya terhadap risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara yang tercemar.Segamat, Johor – 188
Berikut senarai 38 kawasan catat IPU tidak sihat:
Segamat, Johor - 188
Nilai, Negeri Sembilan – 183
Seremban, Negeri Sembilan – 183
Kluang, Johor – 180
Pasir Gudang, Johor – 179
Johan Setia, Selangor – 178
Larkin, Johor – 176
Rompin, Pahang – 176
Cheras, Kuala Lumpur – 173
Putrajaya – 173
Bukit Rambai, Melaka – 173
Tangkak, Johor – 173
Bandaraya Melaka, Melaka – 172
Shah Alam, Selangor – 170
Port Dickson, Negeri Sembilan – 170
Batu Muda, Kuala Lumpur – 169
Alor Gajah, Melaka – 168
Klang, Selangor – 167
Banting, Selangor – 167
Balok Baru, Kuantan, Pahang – 167
Petaling Jaya, Selangor – 164
Indera Mahkota, Kuantan, Pahang – 164
Pengerang, Johor – 163
Kota Tinggi, Johor – 163
Batu Pahat, Johor – 162
Seri Manjung, Perak – 160
Tasek, Ipoh, Perak – 158
Seberang Perai, Pulau Pinang – 156
Minden, Pulau Pinang – 155
Kemaman, Terengganu – 155
Taiping, Perak – 154
Kuala Selangor, Selangor – 154
Sungai Petani, Kedah – 153
Seberang Jaya, Pulau Pinang – 153
Pegoh, Ipoh, Perak – 153
Tanjung Malim, Perak – 152
Temerloh, Pahang – 152
Paka, Terengganu – 142

Dalam pada itu, tular beberapa video dan gambar yang memaparkan keadaan beberapa kawasan khususnya di Johor dan Kuala Lumpur yang diselubungi jerebu tebal.
Terdahulu, semua sekolah di Johor akan ditutup selama dua hari bermula hari ini hingga esok susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat di seluruh negeri.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan penutupan semua sekolah berikutan kemerosotan kualiti udara yang sedang berlaku di semua daerah di negeri itu.
