Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu Belum Reda, Ini Senarai 40 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

40 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat
Kredit: Bernama

Keadaan jerebu masih lagi menyelubungi negara ini apabila puluhan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan tiada kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik setakat bacaan yang direkodkan pada jam 12.00 tengah hari.

Kredit: Bernama

Manakala, rekod setakat jam 6 petang ini menunjukkan sebanyak 26 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap Sederhana dan 40 lagi kawasan pada tahap Tidak Sihat.

Berikut senarai 40 kawasan catat IPU Tidak Sihat:

  1. Johan Setia, Selangor (IPU - 189)

  2. Cheras, W.P. Kuala Lumpur (IPU - 180)

  3. Nilai, Negeri Sembilan (IPU - 177)

  4. Putrajaya, W.P. Putrajaya (IPU - 175)

  5. Shah Alam, Selangor (IPU - 175)

  6. Seremban, Negeri Sembilan (IPU - 173)

  7. Batu Muda, W.P. Kuala Lumpur (IPU - 172)

  8. Tangkak, Johor (IPU - 171)

  9. Petaling Jaya, Selangor (IPU - 168)

  10. Klang, Selangor (IPU - 168)

  11. Tanjung Malim, Perak (IPU - 167)

  12. Indera Mahkota Kuantan, Pahang (IPU - 167)

  13. IPD Serian, Sarawak (IPU - 166)

  14. Kuala Selangor, Selangor (IPU - 165)

  15. Banting, Selangor (IPU - 165)

  16. Bukit Rambai, Melaka (IPU - 165)

  17. Pasir Gudang, Johor (IPU - 165)

  18. Jerantut, Pahang (IPU - 165)

  19. Temerloh, Pahang (IPU - 164)

  20. Alor Gajah, Melaka (IPU - 163)

  21. Seri Manjung, Perak (IPU - 162)

  22. Kota Tinggi, Johor (IPU - 161)

  23. Balok Baru Kuantan, Pahang (IPU - 161)

  24. Tasek Ipoh, Perak (IPU - 160)

  25. Larkin, Johor (IPU - 160)

  26. Kemaman, Terengganu (IPU - 160)

  27. Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU - 159)

  28. Batu Pahat, Johor (IPU - 159)

  29. Paka, Terengganu (IPU - 159)

  30. Kuala Terengganu, Terengganu (IPU - 159)

  31. Pengerang, Johor (IPU - 157)

  32. Balik Pulau, Pulau Pinang (IPU - 155)

  33. Minden, Pulau Pinang (IPU - 154)

  34. Sungai Petani, Kedah (IPU - 152)

  35. Seberang Jaya, Pulau Pinang (IPU - 152)

  36. Rompin, Pahang (IPU - 152)

  37. Pegoh Ipoh, Perak (IPU - 137)

  38. Seberang Perai, Pulau Pinang (IPU - 123)

  39. Segamat, Johor (IPU - 121)

  40. Samarahan, Sarawak (IPU - 111)

Menurut JAS, keadaan ini berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian rantau selatan ASEAN.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 14 September, sebanyak 800 titik panas dikesan di Kalimantan, 85 di Sumatera dan 16 di Malaysia.

Jerebu rentas sempadan turut dikesan meliputi Semenanjung Malaysia, Singapura serta bahagian selatan Vietnam dan Kemboja.

Dalam pada itu, beberapa mekanisme turut digariskan sekiranya keadaan bertambah buruk.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh NADMA boleh diaktifkan sekiranya bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

Kredit: Bernama

Aktiviti luar bilik darjah pula perlu dihentikan apabila IPU melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska perlu ditutup sekiranya bacaan melebihi 200.

Operasi Pembenihan Awan pula tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia berpotensi mengeruhkan lagi jerebu yang melanda ketika ini.

Intipati
  • Tiada kawasan mencatatkan kualiti udara baik setakat bacaan jam 12 tengah hari.
  • JAS melaporkan 30 kawasan pada tahap Sederhana dan 38 kawasan Tidak Sihat.
  • Jawatankuasa bencana boleh diaktifkan jika IPU melebihi 150 lebih 24 jam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan