Sesi persekolahan yang sebelum ini terjejas akibat jerebu kembali beroperasi semula esok kecuali di Johor dan beberapa jawasan di Kuala Lumpur serta Selangor.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan di laman Facebook
Menurut Fadhlina, semua sekolah di Johor serta sekolah di bawah PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana ditutup pada Isnin susulan situasi jerebu.
Sementara di di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.
“Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon agar ibu bapa dan warga sekolah merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini.
