Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jersi Ketiga Harimau Malaya Berwarna Biru Selepas 7 Tahun
Penantian peminat bola sepak negara akhirnya berakhir. Syarikat barangan sukan terkenal, Puma, sebentar tadi mengumumkan jersi ketiga Harimau Malaya berwarna biru selepas hampir tujuh tahun.
Menurut rekod, Malaysia terakhir kali memakai jersi berwarna biru pada era 2018 hingga 2020.
Puma kini menjadi rakan strategik pakaian rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menggantikan Nike.
Syarikat itu mempamerkan corak baharu jersi dengan gabungan warna biru dan merah menerusi Instagram rasminya.
Lebih manis, jersi baharu ini dijangka akan digunakan oleh skuad Harimau Muda, Malayan Tigress, dan pasukan futsal kebangsaan pada Sukan SEA Thailand kelak.
BACA: ASG 2025: Detik Mendebarkan Kuartet 4x100M Malaysia Rangkul Emas
Sumber: Stadium Astro