Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jet Siluman AS, F-35 Dipercayai Terkena Tembakan Iran

AS, F-35 Dipercayai Terkena
Kredit: AFP

Jet Siluman AS, F-35 Dipercayai Terkena Tembakan Iran

TEHRAN -- Sebuah jet pejuang F-35 milik Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pendaratan cemas di sebuah pangkalan udara AS di Timur Tengah selepas dipercayai terkena tembakan dari Iran, lapor CNN News.

Kapten Tim Hawkins, jurucakap Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), menyatakan bahawa jet halimunan generasi kelima itu sedang melaksanakan misi tempur di ruang udara Iran apabila ia terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Hawkins berkata pesawat itu mendarat dengan selamat dan insiden tersebut kini sedang dalam siasatan.

“Pesawat mendarat dengan selamat, dan juruterbang berada dalam keadaan stabil. Insiden ini sedang disiasat,” tambah Hawkins.

Insiden ini merupakan kali pertama Iran berjaya mengenai pesawat AS dalam peperangan yang bermula pada akhir Februari lalu.

Kedua-dua pihak AS dan Israel menggunakan jet F-35 dalam konflik tersebut; pesawat yang kosnya melebihi $100 juta seunit.

Setakat ini, AS telah kehilangan beberapa pesawat lain dalam peperangan ini, namun tiada yang diketahui terkena tembakan musuh sebelum ini.

Tiga jet pejuang F-15 AS telah tersilap ditembak jatuh oleh pertahanan udara Kuwait, di mana kesemua enam anak kapal berjaya melancarkan diri (eject) dengan selamat.

Manakala pada minggu lalu, sebuah pesawat pengisi minyak KC-135 Stratotanker terhempas di barat Iraq, walaupun puncanya masih belum jelas.

Tentera AS menyatakan insiden tersebut bukan disebabkan oleh tembakan musuh mahupun tembakan rakan sendiri.

Sumber:CNN