Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jijik & Bau Busuk Meloyakan, Bungkusan Tulang Ayam ‘Misteri’ Ditemui Bersepah Tepi Jalan Di Jalan Lama Bukit Putus

Faiz Mustafa
Menjijikkan Tulang Ayam
Gambar via Bernama

Lambakan sisa tulang ayam ditemui di tepi bahu jalan di Jalan Lama Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Difahamkan, sisa tulang ayam tersebut berada dalam plastik yang telah terurai sehingga menimbulkan bau yang sangat busuk, lapor Bernama menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

“Sisa buangan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah boleh mengundang haiwan berbisa & serangga serta menjejaskan kesihatan manusia sekiranya berlaku sebarang penyakit kesan daripada pembuangan tersebut,” tulisnya.

Dalam pada itu, Penegerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihak mereka telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS Malaysia) untuk menjalankan siasatan.

Selain itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan hal tersebut diminta untuk maklumkan terus kepada pihak JAS Malaysia negeri.

Sumber: BERNAMA