Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamluddin menyarankan kepada pihak majikan untuk mengelakkan petemuan secara fizikal bagi urusan kerja.
Khairy berkata, walaupun kerajaan yakin dapat mengharungi gelombang Omicron tetapi adalah sangat disarakankan untuk rakyat bekerja dari rumah.
“Mesej saya kepada majikan-majikan Malaysia, kita yakin bahawa kita dapat mengharungi gelombang Omicron dan kesannya tidaklah seburuk gelombang Delta.
“Namun demikian, adalah lebih baik jika boleh dielakkan meeting, perjumpaan dan apa-apa urusan pekerjaan secara face-to-face ataupun fizikal.
“Buat masa ini, sangat-sangat disarankan untuk menggalakkan work form home atau remote working, ini adalah saranan daripada KKM kepada majikan,” kata beliau.
Di samping itu, Khairy turut memohon agar majikan memberi kelonggaran sekiranya pekerja mendapat janji temu untuk membawa anak mereka mendapatkan suntikan vaksinasi.
Sumber: Sidang Media KKM
