Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jimat Kos & Masa, Dua Beradik Bertunang Pada Hari Sama, Berbeza Waktu Raih Perhatian

Athirah
Dua Beradik Bertunang
Kredit: @ameeless
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jimat Kos & Masa, Dua Beradik Bertunang Pada Hari Sama, Berbeza Waktu Raih Perhatian

Apabila lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin, mereka akan mula untuk merancang perkahwinan mengikut bajet yang dipersetujui.

Bagi segelintir pasangan, mereka seboleh-bolehnya mahu menghormati adat dan tradisi yang ada. Misalnya, proses perlu dimulakan dengan merisik, sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Fasa-fasa ini bolehlah dianggap sebagai medium untuk keluarga kedua-dua belah pihak saling mengenali satu sama lain, lebih-lebih semasa fasa pertunangan.

Secara umumnya, setiap pasangan yang membuat majlis pertunangan pasti mahukan segala aturan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang berlaku.

Dua majlis pertunangan dalam satu hari raih pujian ramai

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik bahagia apabila dia dan kakaknya mengadakan majlis pertunangan masing-masing pada hari yang sama, namun berlangsung pada waktu yang berbeza.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ameeless di TikTok, majlis pertunangan kakaknya berlangsung pada jam 11 pagi.

Dalam rakaman tersebut, dapat diperhatikan ketibaan keluarga pihak lelaki yang tampil seragam mengenakan busana berwarna “maroon”, sekali gus menyerlahkan kesepakatan dan keindahan tema majlis berkenaan.

Mereka juga dilihat membawa pelbagai dulang hantaran yang dihias cantik, melambangkan adat serta tradisi dalam meraikan detik istimewa pertunangan tersebut.

Bakal ibu mentuanya turut dilihat menyarungkan cincin pertunangan di atas pelamin, sekali gus menandakan simbolik penerimaan dan ikatan rasmi antara kedua-dua belah keluarga.

Manakala majlis pertunangan @ameeless pula berlangsung pada jam 3 petang, selepas majlis kakaknya selesai.

Video berdurasi 43 saat itu turut memaparkan perjalanan kedua-dua majlis yang berlangsung dengan lancar dan teratur, bermula daripada detik menyarungkan cincin pertunangan sehingga ke sesi bergambar yang merakamkan momen indah.

Video berkenaan mendapat 192.6k tontonan setakat ini

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing apabila mengamalkan idea yang sama.

"Sama dengan saya dan kakak dulu. pelamin pun boleh kongsi berdua," komen seorang warga maya.

"Dulu saya bertunang waktu pagi, adik no 4 bertunang waktu petang. Selepas itu, tahun depan saya dapat anak. Pagi buat majlis aqiqah, tengah hari adik no 5 pula bertunang," komen seorang lagi warga maya.

Sumber:@ameeless