Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui

JKM Beri Bantuan Kewangan Bulanan Kepada Penyanyi Veteran M Daud Kilau

Edayu

BAGAN DATUK, 7 Okt – Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini bagi meringankan beban penyanyi veteran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata kerajaan negeri melalui JKM berjaya mempercepatkan kelulusan bantuan bulanan tersebut yang akan diterima mulai 25 Okt ini.

“Diharapkan bantuan bulanan ini dapat meringankan beban beliau (M Daud Kilau) untuk menampung kos kehidupan harian,” katanya ketika ditemui di kediaman M Daud Kilau di Kampung Sungai Balai Baruh di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin.

M Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek ketika ditemui bersyukur kerana menerima bantuan bulanan tersebut dan mengakui ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban terutama dari sudut kewangan.

“Dengan bantuan tersebut, dapatlah membantu saya untuk membayar bil api dan air. Tambahan pula saya kadang-kala membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Bagan Datuk.

“Jadi memang banyak duit nak guna. Alhamdulillah, memang ramai yang tampil membantu termasuk dari Persatuan Artis Malaysia,” katanya.

M Daud Kilau yang cukup sinonim dengan busana labuci dan warna warni kini hanya menghabiskan masa di rumah berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan keadaan jantung tidak stabil sejak 2016.

“Saya dah menyanyi hampir 50 tahun, kalau hayat masih dikandung badan untuk saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Kalau tak boleh, tak mengapa,” katanya yang tinggal bersama isteri Datin Rohani Awang Ngah, 62, dan seorang anak lelaki.

— BERNAMA