Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Johan Shahzidane Patah Tulang Pipi Semasa Sesi Latihan PDRM

Iqbal Yasir
Johan Shahzidane Patah Tulang Pipi
Gambar: Zulhelmi Zainal Azam

Johan Shahzidane Patah Tulang Pipi Semasa Sesi Latihan PDRM

Penjaga gol bawah (B-23) PDRM, Johan Shahzidane terpaksa menjalani pembedahan selepas patah tulang pipi semasa sesi latihan, petik Stadium Astro.

Difahamkan, kejadian terjadi akibat pelanggaran lutut dengan muka bekas penjaga gol Kelantan itu, maklum wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran di platform X.

Untuk makluman, Johan telah bermain 275 minit secara keseluruhannya dalam empat perlawanan Liga Super bersama PDRM.

PDRM kini mengumpul 11 mata selepas tiga kemenangan, dua seri dan empat kekalahan daripada sembilan perlawanan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Stadium Astro

BACA JUGA: Hampir 3 Dekad Dalam Dunia Hiburan, Pak Ya Kini Kejar Impian Jadi Mutawwif

BACA JUGA: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Manfaatkan Cuti Panjang Berkunjung Ke Selatan Thailand