Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hampir 3 Dekad Dalam Dunia Hiburan, Pak Ya Kini Kejar Impian Jadi Mutawwif

Hannah
Pak Ya mutawwif
Sumber: Astro Gempak

Hampir 3 Dekad Dalam Dunia Hiburan, Pak Ya Kini Kejar Impian Jadi Mutawwif

Setelah hampir tiga dekad aktif dalam dunia hiburan, pelawak veteran Ilya Buang kini sedang mengambil langkah mendalami ilmu agama bagi merealisasikan impiannya menjadi seorang mutawwif.

Menurut Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, hasrat untuk menjadi mutawwif sudah lama tersemat di hatinya.

Namun, tuntutan kerja dalam industri seni yang sangat sibuk menyebabkan impian tersebut tertangguh.

“Saya sedar, dalam bab agama, saya masih banyak kekurangan.

“Oleh sebab itu, saya memilih untuk belajar melalui platform YEG yang menyediakan ilmu dan latihan bagi menjadi seorang mutawwif,” katanya.

Pak Ya juga menjelaskan bahawa dia kini sedang bersiap sedia untuk mengikuti kursus intensif selama tiga bulan sebagai persediaan untuk mendapatkan tauliah sebagai seorang mutawwif yang bertauliah.

Menurutnya, perjalanan baru ini akan memberikan peluang untuk menambah ilmu agama serta mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Pelawak berpengalaman itu berkongsi demikian ketika tampil dalam sesi podcast di platform “Your Career & Education” baru-baru ini.

Pak Ya turut menyatakan bahawa minatnya untuk menjadi mutawwif adalah satu usaha yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada orang lain, tetapi juga membantu dirinya menjadi insan yang lebih baik.

“Apabila kita membantu orang lain dalam menunaikan ibadah haji, salah satu daripada rukun Islam, saya yakin segala kebaikan yang kita lakukan akan kembali kepada diri kita dalam pelbagai bentuk,” ujarnya ringkas.

BACA: Ini Alasan Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

BACA: Villa Kegemaran Ratu Victoria Dijual Lebih RM250 Juta

Sumber: Astro Gempak, YEG