Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Johnny Depp Dipercayai “Sign” Kontrak Termahal Bersama Dior
AMERIKA SYARIKAT — Pelakon Hollywood terkenal, Johnny Depp dipercayai telah menandatangani kontrak bersama jenama wangian terkemuka, Dior bernilai lebih RM90 juta ( $20 juta), lapor The Independent.
Menurut sumber, Dior telah menawarkan lanjutan tiga tahun kontrak terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu. Perjanjian itu merupakan kontrak wangian termahal pernah ditandatangi dalam sejarah.

Difahamkan, harga kontrak yang ditawarkan kepada Depp melebihi perjanjian Robert Pattinson bersama Dior Homme bernilai RM54 juta ($12 juta). Manakala Brad Pitt berjumlah lebih RM31 juta ($7 juta) bersama Chanel No 5.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Dior LVMH, Bernard Arnault berkata, faktor utama kejayaan luar biasa wangian itu didorong oleh imej pelakon itu.
Beliau berkata demikian sewaktu pembentangan kewangan pada Januari lalu.

Walau bagaimanapun, syarikat wangian itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontrak bersama pelakon berusia 60 tahun itu.
Untuk makluman, Depp telah menjadi duta wangian lelaki Dior iaitu Dior Sauvage sejak tahun 2015.
Menang Saman Fitnah

Terdahulu, pelakon berkenaan dilaporkan telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard, lapor Sky News.
Keputusan itu dibuat selepas hakim memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.
Kes berkenaan telah mendapat perhatian media ekoran Depp telah mendapat sebanyak RM65 juta ($15 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi RM43 juta ($10 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak RM21 juta ($5 juta).
Saman Bekas Isteri
Sementara itu, pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menfailkan saman terhadap Heard sebanyak RM 219 juta ($50 juta). Ia berhubung dengan artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.
Tambah Depp, walaupun dalam artikel berkenaan tidak menyebut namanya. Namun, ia ditafsirkan sebagai fitnah secara tersirat kerana merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuat oleh Heard selepas pasangan itu bercerai pada 2016.
Sumber: The Independent,