Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pencapaian Johor merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak lapan peratus bagi tahun 2025 disifatkan sebagai petanda kukuh bahawa negeri itu terus mendapat kepercayaan pelabur serta berada di landasan ekonomi yang positif.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertumbuhan itu turut membuktikan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN).
“Johor mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan kadar pertumbuhan KDNK tertinggi berbanding seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2025, sebanyak lapan peratus.
“Kejayaan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap ekonomi Johor serta keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Johari, BN komited untuk terus memperkukuh pembangunan Johor sekiranya diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat.
Beliau berkata, segala usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Johor.
“Sekiranya terus diberikan mandat, BN akan terus bekerja lebih kuat untuk membangunkan Johor dan hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh rakyatnya.
“Dalam masa yang sama, berikan sokongan kepada calon BN Dewan Undangan Negeri Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman,” ujarnya.