Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
johor larangan vape
Gambar: Bernama

Johor Kekal Larangan Jual Vape

Iqbal Yasir

Johor Kekal Larangan Jual Vape

BATU PAHAT, 5 Feb (Bernama) — Kerajaan Johor mengekalkan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu sama seperti yang diputuskan sejak 1 Jan 2016 dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjualnya secara terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti mana-mana pihak termasuk kedai serta restoran yang masih berdegil menjual vape.

“Kita akan mengambil tindakan bersama PBT (yang kendali lesen perniagaan) sekiranya didapati premis perniagaan itu menjual vape secara terbuka kepada pelanggan.

“Kerajaan negeri juga akan memikirkan cara tindakan yang akan dikenakan terhadap aktiviti penjualan vape ini secara dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Fasiliti Pandu Lalu KitaRecycle dan Sumbangan Bakul Limau 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) Nur Faiz Jamil dan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan SWM Environment Sdn Bhd Norsida Taslim Duka.

BACA: Seorang Lagi Pendatang Tanpa Izin Lolos Maut, Jumlah Diberkas 54 Orang Setakat Pagi Ini – KP Perak

Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng berkata pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk membuat aduan di pejabat kesihatan daerah atau negeri berkaitan aktiviti penjualan vape.

Sementara itu, beliau berkata Fasiliti Pandu Lalu KitaRecycle merupakan langkah proaktif SWM Environment untuk memudahkan komuniti setempat dalam usaha menyumbang kepada kelestarian alam dan menggalakkan budaya pengurusan sisa kitar semula.

“Fasiliti ini beroperasi secara pandu lalu dan menggunakan aplikasi KitaRecycle dan sedia menerima 25 jenis barangan kitar semula termasuk botol kaca, perkakas elektrik dan peranti elektronik.

“Difahamkan bagi pengurusan sisa pepejal di negeri ini, perbelanjaannya mencapai RM215,000 sebulan dan RM2.6 juta setahun untuk satu-satu PBT, kita akan dapat menjimatkannya (pengurusan sisa pepejal) sekiranya aktiviti kitar semula dijalankan,” katanya.

Pada majlis itu, SWM Environment dan MDYP melalui Yayasan Makmur MDYP turut menyantuni 80 keluarga golongan kurang berkemampuan dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sumber: BERNAMA