Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Juventus Umum Kerjasama Dengan Petronas
Kelab bola sepak Itali, Juventus mengumumkan jalinan kerjasama dengan Petronas Lubricants International (PLI).
Menerusi kenyataan rasmi di laman web kelab itu, sebahagian kerjasama melibatkan ruang eksklusif yang dipanggil sebagai Petronas Lubricants International Skybox di Stadium Allianz.
“Ia membolehkan tetamu merasai pengalaman permainan dari perspektif yang istimewa dan mengasyikkan.
“Bukan sekadar tempat duduk, ia pengalaman 360 darjah yang menggabungkan keseronokan di padang dan penonton dapat merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Kelab itu juga berkata, kerjasama tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan sesuatu yang unik kepada peminat yang sentiasa menyokong mereka.
“Sama seperti di atas padang, matlamat di luar padang juga kekal menjadi keutamaan kami,” katanya.
Pengumuman itu membuatkan ramai peminat bola sepak teruja termasuk di Malaysia.
Sumber: Juventus Via Onefootball