Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kabel Terputus, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta Kabel Berjaya Diselamatkan

Nurhanis
kanak-kanak terperangkap kereta kabel
Kredit: CNN

Kabel Terputus, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta Kabel Berjaya Diselamatkan

Enam kanak-kanak dan dua orang guru yang berdepan detik cemas ketika terperangkap dalam kereta kabel yang tergantung 900 kaki di atas kawasan pergunungan di Pakistan telah berjaya diselamatkan, menurut sumber tentera, lapor CNN.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut dalam perjalanan ke sekolah di wilayah Kyber Pakhtunkhwa apabila salah satu kabel terputus pada 8.30 pagi.

Timbalan pesuruhjaya daerah, Tanveer Ur Rehman berkata helikopter pengawasan tiba di lokasi kereta kabel sebelum sebuah helikopter yang lebih besar datang.

Helikopter yang lebih besar itu tiba untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk membawa semua orang yang diselamatkan.

BACA: Malang Tak Berbau, Kanak-kanak Perempuan Putus Kaki Digilis Lori Ketika Selamatkan Kucing

Ur Rehman berkata anggota penyelamat turut memberi ubat loya kepada penumpang selain memberikan ubat jantung kepada mangsa.

Sebuah video yang dikongsikan oleh perkhidmatan penyelamat sebelum ini menunjukkan orang ramai berkumpul di lereng gunung.

Penduduk menyaksikan seorang pegawai perkhidmatan khas diturunkan dari helikopter ke arah kereta kabel untuk menyelamatkan mangsa.

Malah, rakaman yang dikeluarkan oleh perkhidmatan penyelamat merakamkan detik dramatik apabila seorang kanak-kanak kelihatan melompat dari kereta kabel sambil memegang hujung tali yang tergantung dari helikopter sebelum diterbangkan ke tempat selamat.

Dalam pada itu, dua orang pelajar dalam kereta kabel itu tergelincir masuk dan tidak sedarkan diri ketika cubaan menyelamat dilakukan.

Kredit: AFP

Sebelum ini, seorang pegawai kerajaan tempatan berkata enam kanak-kanak terperangkap bersama orang dewasa pada ketinggian 1,200 kaki (365 meter).

Menurut pegawai penyelamat, Bilal Ahmad Faizi, kereta kabel itu menghubungkan dua komuniti di rantau tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Anwar ul Haq Kakar mengarahkan semua kereta kabel usang ditutup serta-merta, menurut kenyataan dari pejabatnya.

Ramai kanak-kanak yang tinggal di kawasan terpencil dan pergunungan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bergantung pada kereta kabel sebagai kenderaan untuk pergi ke sekolah.

Sesetengah daripada kereta kabel ini tidak mempunyai penyelenggaraan dan ia boleh menjadi bentuk perjalanan yang berisiko.

Sumber: CNN