Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kad Perjalanan BAS.MY: Perjalanan Tanpa Had, Kos Super Jimat
Kredit : Berita Harian
Tiada Kategori

Kad Perjalanan BAS.MY: Perjalanan Tanpa Had, Kos Super Jimat

suhaila

Kad Perjalanan BAS.MY: Perjalanan Tanpa Had, Kos Super Jimat

Dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara, kerajaan melalui Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) telah memperkenalkan Kad Perjalanan BAS.MY sebagai salah satu inisiatif utama.

Kad ini bukan sekadar sebuah pas perjalanan tetapi simbol komitmen kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan bas awam lebih mesra rakyat, mudah diakses dan berdaya saing dengan pilihan pengangkutan lain.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi pilihan perjalanan yang lebih selesa dan selamatvmalah menawarkan kos yang jauh lebih berpatutan untuk rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Lebih daripada sekadar penjimatan, kad ini membuka ruang kepada mobiliti yang lebih luas dan adil khususnya untuk golongan yang sangat bergantung kepada bas sebagai pengangkutan harian.

Dengan adanya kemudahan ini, pengguna tegar bas tidak lagi perlu bimbang soal tambang harian yang semakin meningkat sebaliknya boleh menikmati perjalanan tanpa had dengan harga yang tetap dan berbaloi.

Pada masa yang sama, golongan pelajar, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) turut diberi perhatian melalui akses konsesi khas. Ini menjadikan sistem ini lebih inklusif, menyeluruh dan menyokong keperluan semua peringkat masyarakat.

Pilihan Kad Perjalanan BAS.MY

Kad BAS.MY hadir dalam dua bentuk utama yang disesuaikan dengan keperluan berbeza masyarakat iaitu:

1. Kad 30 Hari – Pas tanpa had

Bagi mereka yang kerap menggunakan bas sebagai pengangkutan utama, Kad 30 Hari adalah pilihan paling berbaloi. Dengan bayaran hanya RM50, pengguna bebas menaiki bas BAS.MY tanpa had selama 30 hari dari tarikh pengaktifan.

Kad ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur dan sangat digalakkan untuk pengguna tetap yang mahu berjimat dalam kos perjalanan bulanan.

2. Kad Konsesi – Mobiliti percuma untuk golongan tertentu

Kad ini dikhususkan untuk golongan tertentu seperti pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas serta OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan Kad Konsesi, mereka boleh menikmati perjalanan percuma tanpa had menggunakan perkhidmatan BAS.MY.

Usaha ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan akses pengangkutan awam yang lebih adil, mesra dan menyeluruh.

Kredit : FB APAD

Struktur tambang BAS.MY

Tambang perkhidmatan BAS.MY ditetapkan pada kadar yang sangat berpatutan, iaitu:

  • RM0.94 bagi 2 kilometer pertama

  • RM0.094 untuk setiap kilometer berikutnya

Selain itu, kanak-kanak berusia bawah 7 tahun menikmati perjalanan percuma manakala pelajar beruniform sekolah, warga emas dan OKU pula dikenakan tambang separuh harga.

Struktur harga ini membuktikan bahawa BAS.MY dirangka untuk benar-benar meringankan beban rakyat khususnya golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Cara membuat permohonan

Bagi mendapatkan Kad Perjalanan BAS.MY, pengguna hanya perlu hadir ke kaunter atau kiosk pendaftaran BAS.MY yang berdekatan dengan membawa dokumen sokongan berikut:

  • Kad 30 Hari: MyKad atau MyTentera yang masih sah.

  • Kad Konsesi: MyKad, MyKid atau MyTentera serta dokumen tambahan seperti kad OKU (JKM) atau kad pelajar yang sah tempoh.

Sebaik sahaja pendaftaran selesai, pengguna boleh mula menikmati kemudahan perjalanan bas awam dengan lebih mudah dan menjimatkan.

BACA : Baucar Buku MADANI 2025, RM100 Untuk Mahasiswa

Kaedah pembayaran yang fleksibel

Tambang BAS.MY boleh dibayar melalui pelbagai kaedah moden yang memudahkan pengguna. Sama ada menggunakan wang tunai, kad debit atau kredit mahupun kod QR, semua transaksi direka agar lebih cepat, selamat dan mesra pengguna.

Ini sejajar dengan perkembangan sistem pembayaran digital negara yang semakin meluas digunakan dalam kehidupan seharian.

Manfaat untuk rakyat

Pengenalan Kad BAS.MY membawa banyak manfaat kepada rakyat, antaranya:

  • Penjimatan kos perjalanan harian terutama bagi pengguna tegar bas awam.

  • Kemudahan mobiliti tanpa had untuk pelajar, warga emas dan OKU.

  • Sokongan terhadap pengangkutan awam yang lebih mampan, mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.

  • Akses perjalanan yang lebih selesa dan selamat selaras dengan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Kad Perjalanan BAS.MY adalah satu langkah proaktif dalam menjadikan pengangkutan awam lebih mesra rakyat, inklusif dan berdaya saing.

Dengan tawaran tambang yang murah, pas perjalanan tanpa had serta konsesi khas untuk golongan tertentu, inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kos sara hidup.

Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan lebih ramai masyarakat memilih bas sebagai medium pengangkutan utama.

Sumber : bas.my, apad.gov.my

BACA : Pengawet Makanan: Punca Anak Hyper & Mood Swing?