Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pengawet Makanan: Punca Anak Hyper & Mood Swing?
Di era serba moden ini, tidak dapat dinafikan makanan segera, snek berwarna-warni, minuman manis dan pelbagai produk ready to eat semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian terutamanya bagi kanak-kanak.
Dari sudut pandangan ibu bapa, pilihan ini kelihatan mudah kerana menjimatkan masa dan cukup praktikal untuk memenuhi selera anak.
Namun, apa yang sering kita terlepas pandang ialah kandungan sebenar di sebalik rasa enak dan rupa menarik makanan tersebut.
Pengawet, pewarna serta perasa tiruan adalah bahan yang menjadikan makanan itu tahan lebih lama, kelihatan menggoda dan terasa lebih sedap.
Tetapi ia juga membawa kesan sampingan yang tidak kita jangka. Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan ini tidak hanya mempengaruhi kesihatan fizikal anak-anak malah boleh memberi kesan langsung kepada tingkah laku, emosi dan tahap fokus mereka.
Tanpa disedari, anak yang kerap mengambil makanan berproses mungkin lebih sukar mengawal emosi, cenderung kepada hiperaktif, kerap sakit kepala bahkan mengalami gangguan tidur.
Mari kita teliti dengan lebih mendalam beberapa jenis pengawet dan bahan tambahan yang sering ditemui dalam makanan seharian serta bagaimana ia boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak.
Sodium benzoate adalah antara pengawet paling kerap digunakan terutama dalam minuman bergas, jus dalam kotak, sos, kicap malah juga makanan dalam tin.
Fungsinya adalah untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat serta menjadikan makanan tahan lebih lama.
Walau bagaimanapun, apabila diambil secara berlebihan oleh kanak-kanak, bahan ini boleh mengganggu keseimbangan kimia di dalam otak.
Kesan yang kerap dilihat ialah anak menjadi hiperaktif, sukar memberi perhatian dalam tempoh yang lama serta mudah mengalami perubahan emosi mendadak atau mood swing.
Bayangkan seorang anak yang tiba-tiba menjadi terlalu aktif selepas menikmati sebotol minuman bergas. Ianya bukan kerana gula semata-mata tetapi juga kesan daripada sodium benzoate tersebut.
2. Nitrit/Nitrat
Pengawet jenis ini digunakan secara meluas dalam makanan berasaskan daging yang diproses seperti sosej, nugget, daging burger dan daging salai.
Ia berfungsi untuk mengekalkan warna daging agar kelihatan segar serta melindunginya daripada pencemaran bakteria.
Namun, kesan jangka panjangnya terhadap anak-anak tidak boleh dipandang ringan. Nitrit dan nitrat boleh menjejaskan sistem penghadaman, menjadikan anak kerap sakit perut atau mengalami ketidakselesaan selepas makan.
Selain itu, ia juga berpotensi mengganggu pola tidur anak. Tidur yang terganggu ini boleh membawa kepada keletihan pada siang hari, emosi yang tidak stabil serta kerengsaan yang lebih ketara.
Anak yang kurang tidur lazimnya lebih sensitif, mudah marah atau cepat menangis. Keadaan ini boleh menjejaskan rutin harian mereka.
3. Calcium Propionate
Jika anda sering membeli roti, kek atau pastri di pasar raya, besar kemungkinan anak-anak turut terdedah kepada bahan bernama calcium propionate.
Ia digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dan memanjangkan tempoh simpanan produk bakeri. Namun, bahan ini mempunyai hubungan rapat dengan tingkah laku dan emosi anak-anak.
Ada kajian yang mendapati kanak-kanak yang kerap mengambil produk mengandungi calcium propionate lebih mudah mengalami sakit kepala serta lebih cepat beremosi.
Kesannya, mereka menjadi mudah marah walaupun perkara kecil, sukar bertenang dan kurang sabar dalam berinteraksi dengan orang lain. Hal ini jika berlarutan boleh menjejaskan perkembangan sosial dan pembelajaran anak-anak.
TBHQ ialah sejenis pengawet yang digunakan untuk menstabilkan minyak dan lemak dalam makanan bergoreng, snek ringan, biskut, mi segera serta makanan sejuk beku.
Ia memang membantu makanan kekal rangup dan tahan lama tetapi apabila anak mengambilnya dalam jumlah tinggi, kesan negatif mula muncul.
Antara kesan yang dilaporkan termasuk rasa gelisah, kesukaran untuk tidur dengan nyenyak serta keletihan yang tidak seimbang dengan aktiviti harian mereka.
Bayangkan seorang anak yang sepatutnya ceria dan aktif tetapi sering letih tanpa sebab jelas. Inilah antara tanda pengaruh bahan kimia seperti TBHQ terhadap tubuh kecil mereka.
BACA : Rahsia Deko Rumah Nampak Bergaya Dengan “Rules of Three”
Inilah bahan tambahan yang paling mudah memikat kanak-kanak kerana warnanya yang terang dan rasa yang manis atau unik.
Pewarna tiruan digunakan dalam gula-gula, minuman berkarbonat, ais krim, jeli dan pelbagai makanan ringan lain.
Sementara itu, perasa tiruan pula memberikan rasa yang lebih kuat daripada bahan semula jadi. Kesan sampingan pewarna dan perasa tiruan sangat jelas.
Anak-anak boleh menjadi terlalu hiperaktif, kerap mengamuk atau tantrum dan mengalami kesukaran untuk mengawal emosi mereka.
Tidak hairanlah ada ibu bapa yang perasan anak lebih agresif atau tidak mampu duduk diam selepas mengambil makanan atau minuman berwarna terang.
Ia bukan sekadar gula yang menjadi punca, tetapi gabungan pewarna dan perasa tiruan yang mencetuskan tindak balas berlebihan pada sistem saraf.
MSG sering digunakan dalam makanan segera, mi segera, sup segera, makanan ringan berperisa dan juga dalam sesetengah makanan restoran untuk menambahkan rasa umami yang kuat.
Walaupun ia menjadikan makanan lebih sedap, pengambilan yang berlebihan boleh memberi kesan kepada fungsi otak dan emosi anak.
Kanak-kanak yang kerap mengambil MSG dilaporkan lebih mudah gelisah, cepat letih walaupun tidak banyak bergerak dan sukar mengekalkan tumpuan dalam jangka masa panjang.
Lebih membimbangkan, ada yang mengalami gejala seperti sakit kepala atau rasa berdebar selepas mengambil makanan yang tinggi kandungan MSG.
Bayangkan apabila anak hilang fokus dalam kelas, mudah terganggu dengan perkara kecil dan tidak mampu mengawal emosi. Semuanya mungkin berkait dengan pengambilan MSG yang berlebihan.
Kesimpulannya, pengawet dan bahan tambahan makanan sememangnya dicipta untuk tujuan keselamatan makanan dan kemudahan pengguna.
Namun, apabila ia diambil secara berlebihan, kesannya boleh melangkaui aspek fizikal hingga mempengaruhi tingkah laku, emosi dan perkembangan anak-anak.
Sebagai ibu bapa, langkah yang terbaik ialah lebih peka terhadap label makanan, menghadkan makanan proses dan mengutamakan makanan segar yang dimasak di rumah.
Sumber : health.harvard, learningliftoff
BACA : Ini Sebab, Punca Mulut Masih Berbau Walaupun Dah Gosok Gigi