Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

5 Lelaki Ditahan, Perselisihan Faham Jadi Punca Pacuan Empat Roda Langgar Motosikal
Lima lelaki telah ditahan selepas tular video memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan dalam kejadian yang berlaku hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Khar berkata siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada rentetan perselisihan faham antara dua pihak di kawasan Kampung Sungai Jernih, Kajang.
“Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan
"Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menerima dua laporan berasingan di bawah klasifikasi Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395/365 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.
Berdasarkan maklumat diterima, polis menahan dua lelaki berhubung laporan polis pertama yang membabitkan seorang warga tempatan dan seorang warga asing berusia antara 30 hingga 34 tahun.
Bagi laporan polis kedua pula, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 38 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
Menurutnya, suspek dalam laporan pertama merupakan pengadu bagi laporan kedua, manakala pengadu kes kedua pula adalah suspek dalam laporan pertama.
Shazeli menjelaskan bahawa kejadian tersebut tercetus akibat perselisihan faham peribadi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur gangsterisme atau isu perkauman.
"Pihak Polis Selangor ingin menegaskan bahawa insiden ini adalah berkaitan perselisihan faham peribadi dan sama sekali tidak melibatkan sebarang unsur gangsterisme mahupun isu perkauman," ujar beliau lagi.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang serta diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

