Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Amaran Hujan Lebat Di 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 1 pagi ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Sarawak seperti uching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.